Akustikabflat5's Blog
Just another WordPress.com weblog

ceritera B Flat 5


Sunday, July 19, 2009

Kumpulan Akustika B Flat 5

Kumpulan ini berasal dari kampung Tengah / Kampung Jawa  Kuantan Pahang

Awalnya kumpulan ini bergerak pada tahun 80 an  yang mana bakat belia2 terutamanya yang masih diperingkat pelajar sekolah kampung ini dikesan oleh sekumpulan pemuda/belia Kampung  Jawa yang turut menarik perhatian bekas Ketua Kampung masa itu bagi memberi ruang penglibatan aktiviti belia..

Pada tahun 90an,dibawah Persatuan Belia Putramas Kg ,Tengah dengan pelbagai nama  seperti Akustika Putramas,Chromatic Crome,Simple Scenario, kumpulan ini telah diberi peluang untuk membuat persembahan terbuka yang mana antara tempat yang selalu kami membuat persembahan ialah di Simple Cafe pada tahun 1996-1997…seterusnya kumpulan ini bermain secara sambilan di serata Kuantan serta negeri Pahang dan beberapa kali bertukar anggota khususnya  setelah pembubaran Putramas.

Melihat kepada kekurangan yang ada kumpulan ini  diambil alih pula oleh Biro Belia,Sukan dan Kebudayaan JKKK Kg Tengah.Kg Jawa bermula tahun 2005 bagi  merancakkan  semula aktiviti belia khususnya di Kampung ini.

Kumpulan ini hanya menggunakan nama tetap iaitu B Flat 5 pada tahun 2005 yang mana ketika itu kami merasakan perlu ada satu nama yang tetap supaya mudah diingati oleh semua.

Dengan mengeluarkan modal sendiri buat permulaan,pada tahun itu juga kami memulakan langkah untuk mencari pendapatan sampingan selain meneruskan hobi dengan membuat persembahan dimajlis perkahwinan dan keraian  selain turut serta dalam program-program amal seperti bersama rakan-rakan dari DIC Pahang dalam program Lepak Positif .

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan kami mula mencari tapak untuk meluaskan lagi seni disamping memberi peluang kepada rakan lain menunjukkan bakat masing-masing.Setelah berusaha selama 1 tahun akhirnya kami diberikan tempat di Dataran Gambut Food Court (berhadapan wisma KPKP) di jalan Gambut..Terima Kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada saudara Sh. Zakaria atau lebih dikenali sebagai PakYa DG @ Chief Ya yang juga merupakan pengurus kami yang banyak memberikan peluang,menyumbangkan idea,wang ringgit,masa dan tunjuk ajar kepada kami .

Alhamdulillah….

Dan kini kami berbangga kerana dapat  memberikan ruang kepada rakan2 lain dari luar Kg Tengah untuk bersama2 kami mempopular dan seterusnya mempromosikan lagu2 akustika di daerah Kuantan dan di negeri Pahang ..Terima kasih kami kepada sdr.Mohd Amin,Khatib,Ayyub,Emad ,Boey,Udin,Jiman,Latif,Nasa yang pernah bersama kami..

Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada  rakan-rakan kami  yang telah banyak memberi tunjuk ajar,sokongan dan bantuan sehingga kami melepasi tahap ini.

Seni untuk dikongsi dan dinikmati…..

6 Respons to “ceritera B Flat 5”

  1. wah … sedap nama .. hehehhe .. tahniah2 ..

  2. hey guys….. i hope ur band akan success & good luck 😉

  3. Assalamualaikum ajjak…heheh..terharu lak baca cerita-cerita kat atas…walaupun pendek je tapi terharu bile lihat kesungguhan u all…semoga berjaya key…and pegang kuat pada makna B Flat 5 key…

    • cerita benar tu zai…maybe kitorang tak ditakdirkan jadi artis besar tapi Alhamdulillah kami ditakdir menjadi sebahagian dari insan seni..Terima kasih atas sokongan


Tinggalkan komen